Friday, May 31, 2019

Penetapan yang ditakdirkan tuhan itu bukannya kebetulan. Janganlah terlalu mengharapkan perkara yang belum menjadi dan belum menjadi milik engkau sendiri.

Jangan dipaksa diri kerna sesuatu yang engkau sendiri tidak mampu, jangan dibiarkan hati hati jiwa dan perasaan kosong dan pilu kerana perkara yang tidak penting.

Tetaplah kau terbang untuk melihat semua perkara yang berlaku, tetaplah kau berdiri untuk teguh menguatkan dirin, tetaplah kau tabah dengan apa yang tuhan kirimkan.

Senyumlah wahai sekalian manusia, engkau ialah manusia istimewa yang tuhan letakkan atas dunia. Demi meneruskan kehidupan di atas dunia dengan nafas segar.

Definisi bahagia bilamana kau sendiri meletakkan diri dalam keadaan bahagia untuk engkau dan semua sekelilingmu.

Jumaat 31 Jun 2019
26 Ramadhan 1440 hijrah.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AHMAD (195131) Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Prof Normaliza khususnya sebagai tenaga pengajar...