Wednesday, December 30, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)


MINGGU 10- QUOTATION

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AHMAD (195131)


1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan berjuang lagi agar saya kembali tenang.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Alim berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Memori terakhir kita bersama akan kekal sebagai saat bahagia yang saya hargai selama-lamanya.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam. Alim juga tahu di mana reban ayam yang baharu.

 

3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan menyedarkan saya bahawa hidup lebih berharga daripada yang lain.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi.

 

4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ia selalunya akan menjadi sukar.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan.

 

5.Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Alim suka Cikgu Anis. Cikgu Anis baik hati. Cikgu Anis selalu mengajar Alim di kelas. Alim mahu menjadi seorang guru seperti Cikgu Anis.

 

6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Sekiranya saya dapat mengungkapkan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.

7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada anda.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

. "Ni, ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah," arah ibu sambil menunjukkan ke arah bakul sampah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.

 

8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya mahu seseorang memberitahu saya bahawa ia akan baik-baik saja.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Nenek memujuk Ali. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.

 

9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik kelak.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

“Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

 

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 

 

RujukanNormaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 10 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AHMAD (195131) Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Prof Normaliza khususnya sebagai tenaga pengajar...