Friday, January 8, 2021

BBN3402SATU2020 MINGGU11 HURAIAN TESIS


 MINGGU 11- HURAIAN TESIS


MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AHMAD (195131)


Masihkah Kau Ingat?

 

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

- Penulis perlu menggunakan ayat dan kreativiti sendiri tanpa merujuk mana-mana artikel.

 

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

- Penulis perlu menggunakan turnitin untuk memeriksa kertas ilmiah sebelum menghantar kepada penyelia. Turnitin merupakan sebuah aplikasi bertujuan untuk memeriksa peratusan sumber kajian tersebut dan boleh meneliti sejauh mana plagiarism dalam kajian kita.

 

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

- Perbanyakkan rujukan primer berbanding sekunder. ia bermaksud rujukan primer mempunyai maklumat yang asli dan lebih dipercayai.

 

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

- Penulis perlu banyak membaca artikel sebelum menjalankan kajian.Artikel yang dimaksudkan ialah kajian lepas tentang sesuatu kajian yang bakal kita laksanakan. Ia bertujuan untuk membantu kita untuk lebih memahami tentang kajian yang bakal dilakukan.

 

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan

- Penulis perlu melibatkan diri dalam pelbagai seminar atau penyampaian tentang teknik atau pun yang berkaitan dengan kajiannya.

 

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang

- Penulis perlu saling berhubung dengan penyelia masing-masing untuk mendapatkan maklumat atau kesahihan tentang sesuatu perkara. Penulis tidak digalakkan berbincang bersama rakan kerana mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikaji.

 

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 -12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

- Penulis perlu menghasilkan penulisan yang berilmiah dan kritis. Untuk membuktikan kajian itu kritis, ianya perlulah sarat dengan pelbagai informasi. Pembahagian dalam setiap bab pula dicadangkan seperti berikut:

 

Bab 1 ( 10-12 ms)

Bab 2 ( 30@50)

Bab 3 ( 10-12 ms)

Bab 4 ( 40 ms )

Bab 5 ( 8-12 )

 

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

- Halaman muka surat bagi kajian adalah berbeza-beza mengikut aras pengajian yang diambil.

Peringkat Bacelor: 80 halaman

Peringkat Master: 81-150 halaman

Peringkat Phd: 151- 240 halaman

 

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

- Sebelum menjalankan sesebuah kajian, penulsi perlu menyediakan jadual dan tempoh masa dalam menyiapkan tugasan disertasi mereka. Mereka perlu bijak dalam menguruskan jadual agar kajian yang dilakukan dapat difokuskan dan data yang diperoleh lebih mudah dan dipercayai.

 

RUJUKAN : 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia




Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 11

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AHMAD (195131) Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Prof Normaliza khususnya sebagai tenaga pengajar...