Friday, May 31, 2019

DIA

pencipta kita si Maha Agung tinggi disana
kita manusia hamba terhina di atas muka bumi
sedang kita beribadah pada dia dalam kesempitan
sedang kita beribadah pada dia dalam mengalir air mata
Tuhan tetap melihat kita . Tetap mendengar luahan kita
saat Tuhan menguji dengan nikmat kebahagiaan
juga nikmat harta.
kita terlupa untuk terus bersama Dia,
kita terus terleka dengan dunia sementara.

setia pada Tuhan itu perkara mahal dan agung
saat tertulis semuanya di atas sana
kita terduduk diam mengharap semuanya diberikan
pada kita dengan hanya kata-kata
tanpa doa, usaha dan tawakkal untuk mendapatkannya.

kepada kita semua, teruskan di jalan kebaikan
jangan pernah putus asa pada Tuhan
Dia hanya satu dan cinta kita pada dia akan kekal selamanya.

HAKIKAT

terdetik menulis segala tentang kehidupan
yang satu perlu ada ianya kebahagiaan
yang satu tidak diinginkan ianya kesedihan
terlau mengharapkan semuanya indah
sedang lupa kekecewaan itu akan ada

perasaan yang terletak dalam diri
juga milik pencipta yang Maha Agung
sudah tahu tentang yang akan berlaku
dan yang akan berlaku terhadap setiap satu

rapi tersusun perkataan seri
untuk melakarkan semua dalam satu
tak pernah ku utus untuk ditangiskan
tetapi ia tetap menjadi kesedihan

yang bakal menghilangkan air mata ini
juga kiriman istimewa dari Tuhan
buat kita semua
16 MEI

Hari guru hari yang paling istimewa buat semua guru,
tetapi dirumah guru yang paling mulia, dibelai dengan penuh kasih
penuh sayang tanpa sedikit pun penat lelah, diam dan marah
tanda sayang kepada anak-anak.

Wahai ibu, wahai ayah yang mulia
kau ialah pengajar yang teristimewa dalam memberikan pelajaran
yang terindah kepada kami anak-anakmu.
disini, mencintaimu setiap masa walau apa pun keadaan.

Kepada ibu, terima kasih menjadi pengajar paling setia sabar
bersemangat dah bertanggungjawab terhadap kami semua
yang selalu ada saat anak-anak ingin bercerita, yang selalu memahami
setiap perasaan yang kami lalui, tempatmu tetap di syurga bersama ayah nanti.

Kepada ayah, diammu meratapi kami penuh seribu bahasa
setiap katamu bermakna untuk bait-bait perkataan
setiap perlakuanmu tetap menjadi contoh yang terbaik
dalam mendidik anak-anakmu yang sering degil, sabarmu
tertinggi sekali dalam memahami anak-anak dalam diam.

Salam rindu takkan terbalas
PUISI

Ianya suci menerang hati yang penuh berdiskusi
mencacah fakta jiwa yang sedang mengacah
kadang mengundang duka terlebih mengundang suka
membawa karangan dari pasangan minda yang murka

Nukilannya bagai pepasir
yang tidak berhenti hancurnya kata kata
yang tidak berhenti dilalunya ombak kuat

aku memeluk dunia puisi, kerana satu isi
iaitu biar puas berfantasi

terkadang mimpi boleh ubah menjadi realiti
tapi bukan semua
dunia ini bagai saksi
agar selamanya aku berdeklamasi
terima kasih wahai ruang puisi
engkau selamanya terinspirasi aku sendiri.

Hati tisu itu suatu perkara luar biasa yang diberikan hanya kepada orang tertentu dan sebenarnya setiap di antara kita ialah hati tisu 🤧.  Yang membezakan ialah keadaan, masa dan perasan ketika itu.

Mengapa hati tisu ini orang hebat.Kerana disaat menangis, boleh jadi tentang kebahagiaan,  kesyukuran dan kekecewaan yang berlaku.  Dimana mata mata ini mengeluarkan air mata yang sangat deras kerana itu.

Walaupun hanya air mata, walaupun selalu ditegur khalayak manusia konon ‘ eh kau hati tisu sikit sikit koyak’ tetaplah dia disana tunggu.

Bukan sengaja dia dilahirkan begitu, hatinya memang benar lembut mudah simpati dan senang berkasih sayang dengan semua perkara. Hati tisu ini kadangkala terlebih menangis sampai lupa. Kadang kala terlebih sedih sampai tertidur .  Ketika tidur, air matanya kering lalu dilupakan segala kisah.

Hati tisu itu orangnya hebat,
tersenyum sambil menangis saat bahagia menanti dalam masa yang sama kecewa menguasai .




Jangan  mudah jatuh dan pergi.
Sungguh kalian yang mudah mengugurkan air mata ini adalah orang orang yang kuat.

  Semoga  air mata yang selalu jatuh ini, tetaplah jua di atas sejadah mengadu  bersama Tuhan dikala  sepi hanya antara diri dan penciptaNya.

Jaga hati itu dengan cinta-Nya,
Nescaya kamu akan lebih kuat dengan segala tangis yang dihela pada dunia.

Sungguh hati itu bisa menjadi kelemahan terberat,
Juga bisa menjadi kekuatan terhebat.

Tangisan itu,
Bukan beerti kamu lemah.

Tetaplah berdoa pada-Nya,
Agar air mata tidak jatuh pada hal yang sia-sia.

الله..

Penetapan yang ditakdirkan tuhan itu bukannya kebetulan. Janganlah terlalu mengharapkan perkara yang belum menjadi dan belum menjadi milik engkau sendiri.

Jangan dipaksa diri kerna sesuatu yang engkau sendiri tidak mampu, jangan dibiarkan hati hati jiwa dan perasaan kosong dan pilu kerana perkara yang tidak penting.

Tetaplah kau terbang untuk melihat semua perkara yang berlaku, tetaplah kau berdiri untuk teguh menguatkan dirin, tetaplah kau tabah dengan apa yang tuhan kirimkan.

Senyumlah wahai sekalian manusia, engkau ialah manusia istimewa yang tuhan letakkan atas dunia. Demi meneruskan kehidupan di atas dunia dengan nafas segar.

Definisi bahagia bilamana kau sendiri meletakkan diri dalam keadaan bahagia untuk engkau dan semua sekelilingmu.

Jumaat 31 Jun 2019
26 Ramadhan 1440 hijrah.
Salam 26 Ramadhan,.
perjumpaan kali ini terasa begitu pantas dan sangat menyayat hati.

Saat dia hadir dengan tiba tiba,
dan juga akan pergi tidak lama lagi.
Sayu hati bakal merindui ramadhan, yang datang hanya setahun sekali. Bulan paling indah dalam setahun.

Ya الله ، berikan kami kekuatan untuk setiap satunya.
Berikan kami kekuatan untuk menghadapMu dalam keadaan apa apa pun.
Berikan kami kesabaran yang tinggi saat kau berikan ujian.
Lahirkan sifat bahagia , buangkan sifat benci dan pelbagai sifat negatif.

7 hari itu tidak lama , seminggu.
Pejam celik sudah malam raya.
apa khabar al quran ,
apa khabar tahajjud ,
apa khabar hati dan iman.
Sama sama meraih dan menanti malam lailatur qadar , teruskan beribadah :’)

Tuhan mendengar , Tuhan melihat.
Tatkala kita sedang menangis beralaskan sejadah.

Moga kita ialah hamba yang terpilih 🤲🏻
tidak pernah merungut kerana mengada nya ,
tidak pernah merungut kerana semuanya hanya antara kau dan dia.

persahabatan sampai syurga itu mahal , andainya semua perkara sayang antara sahabat pun kau malu untuk lakukan.

sampai bila bila kau takkan merasai manisnya dalam persahabatan.

‘ kalau sayang sahabat , beritahu tanpa rasa malu kerna itu yang seharusnya. biarlah orang nakpandang apa , asal kau memang tulus dan ikhlas menyayangi sahabatmu.’
persahabatan yang indah itu tatkala keikhlasan hadir setiap kali kau bertentangan mata dan setiap kali bicaramu membuah rasa.

tidaklah kau merasai sedikit pun bosan dan sedikit pun kecewa kerna semuanya dihiasi dengan kejujuran dan keamanan.

sahabat itu walau jauh tetap hadir mewarnai hari hari kita , tetap tersenyum untuk menceriakan kita , tetap menyinari kita bak bulan purnama.
Aku berdiri ditengah kegundahan dunia,
Menyaksikan hidup-hidup manusia yang kecewa,
Memandang mata-mata manusia yang penuh rahsia,
Menemankan hidup-hidup manusia yang duka,
Merealisasikan mimpi-mimpi manusia untuk bahagia,
Juga membutakan hati-hati manusia yang lara.

Apakah erti dunia,
Andai kamu cuma hidup dalam bahagia?

Buat beberapa ketika yang ada,
Belajarlah untuk menerima duka,
Berusahalah untuk memahami sengsara.

Bahagia itu ada di dalam kesusahan dunia.
Bukan bahagia jika cuma bahagia dengan semudahnya.
ayahku seorang pensyarah universiti kehidupan,
juga seorang pengajar dan guru di rumah,
tetaplah tertawa saat keriangan ,
tetaplah tersenyum saat bahagia.

rindu ayah terlalu mahal
juga pertanyaan ayah terlalu istimewa,
ego lelaki selalu sahaja ada , ye lelaki.
tidaklah ayah jika hanya berada dibelakang ibu ,
bukanlah ayah jika membelikan sesuatu dengan senyap agar membuatkan hati kita berbunga ,
bukanlah ayah , lelaki yang sentiasa memahami putera dan puterinya tika bercerita .

jawapan seorang ayah tetap sahaja , ringkas dan padat.
tidak perlu bebelan seperti mama
tidak perlu karangan 1000 perkataan
hanya beberapa dari bibirnya,
dan terus menusuk hati.

salam kerinduan buat ayah , guru.

buat semua , sedekahkan al fatihah buat ayah saya dan ayah kalian ya . sama ada masih ada ataupun telah pergi.
Tentang dunia yang kamu perlu sentiasa bersedia,
Takkan pernah ada yang disini kekal begitu selamanya.
Akan ada yang hilang, pergi tanpa alasanyya.
Akan ada yang datang, jadi teman hingga hujungnya.
Akan ada dusta lama yang diketahui semua,
Akan ada kisah baru dibendung duka oleh senyumnya.
Akan ada bahagia, datang tiba-tiba tanpa arahnya.

Hidup ini suatu kejutan,
Selalulah bersedia,
Atas segala perubahan.

Kerana apa yang berubah itu,
Adalah suatu anugerah baru,
Dari tuhanmu,
Buat kamu.


Selamat menuju ke pengakhiran Ramadhan Kareem 💝
buat sekalian yang membaca yang masih mempunyai ayah dan ibu , jagalah mereka bagai menatang minyak yang penuh . walau mereka sakit , walau mereka marah , walau apa jua keadaan sekalipun — sayang mereka tanpa ada henti atau noktah terakhir.

sayang mereka sehingga saat nafas terakhir mereka , semakin lama mereka semakin menua dan masa semakin pantas . sudah sudahlah meluangkan masa diluar sana , sudah sudahlah hiburkan orang orang di luar sana .

berikan senyuman manis yang paling indah kepada mereka . bahagiakan mereka dengan sentiasa ada bersama bukan dengan jumlah wang atau tunai yang banyak . mereka perlukan masa dan kasih sayang dari seorang anak , bukan harta yang melimpah ruah.

ibu ayah hanya satu tidak boleh diganti walau apa pun yang terjadi. kawan boleh cari ,
teman boleh cari ,
ibu ayah , hanya satu dalam dunia.
berikan mereka bahagia kamu,
agar kamu juga bahagia nanti .


yang jauh , pulanglah andai masa memberikan peluang .

yang dekat , dekatkan lagi hubungan antara satu sama lain.

gembirakan mereka dengan melayan karenah mereka. mereka semakin tua , ingatan makin tak kuat , kaki lenguh , badan letih . urutkan mereka sambil tersenyum tawa dan bercerita :’)

kita , anak anak ialah pengubat paling istimewa dari tuhan untuk membuatkan ibu ayah tersenyum walau terluka sedalam dalamnya. saat mereka melihat kita , sungguh disudut hati yang dalam sedalamnya , mereka bahagia lillahi taala walaupun tidak ditunjuk.

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AHMAD (195131) Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Prof Normaliza khususnya sebagai tenaga pengajar...